Masyarakat Jawa yang terdapat di Malaysia telah berasal dari Kepulauan Jawa di Indonesia. Kehadiran golongan ini telah bermula sejak awal wujudnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka abad ke 15. Mereka telah hadir ke Tanah Melayu melalui dua cara iaitu melalui perdagangan dan perkahwinan puteri Majapahit dengan Sultan Melaka.
Bertitik tolak dari situ, golongan ini telah bertambah dan telah merebak ke seluruh Tanah Melayu atau Malaysia. Kehadiran masyarakat Jawa telah membawa bersama budaya dan adat namun ia telah disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat. Keunikan budaya masyarakat Jawa sebahagiannya telah meresap ke dalam budaya masyarakat setempat dan akhirnya telah menjadi budaya masyarakat Malaysia.
Masyarakat Jawa di Malaysia pada masa kini terdapat di Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Walaubagaimanapun, masyarakat ini juga terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia namun bilangannya adalah minoriti.
No comments:
Post a Comment